Ikuti Kami:

“Dia Belanja Semua Makan” – Moon Sangmin Terharu Terima Layanan Baik Dari Kim Hyesoo

“Dia Belanja Semua Makan” – Moon Sangmin Terharu Terima Layanan Baik Dari Kim Hyesoo

Korang tengok tak drama “Under The Queen’s Umbrella”?

Baru-baru ini, pelakon Moong Sang-min yang membawa watak sebagai Putera Seong-nam, hadir dalam satu sesi temu bual bersama ESQUIRE Korea bagi episod, “Why Did Moon Sang Min Meet Kim Hye Soo On Chuseok?”.sangminMenerusi temu bual tersebut, Moon Sang-min berkongsi mengenai watak Putera Seong-nam yang dibawanya. Dia berkata,

Putera Seong-nam membesar di Seochon, tidak sama seperti putera yang lain. Jadi, dia boleh dilihat sebagai watak yang dinamik dan aktif tanpa sebarang stereotaip terhadap orang lain. 

Tetapi, dia juga seorang yang penyayang terhadap saudaranya yang lain. Jadi, watak ini mempunyai dua sisi yang berbeza dan saya harap penonton akan menyukai watak ini. 

under the queens umbrellaDalam pada itu, dia sempat berkongsi bahawa masa bersama pelakon Kim Hye-soo adalah antara kenangan indah baginya.

Ada satu ketika di mana semua pelakon tidak dapat pulang kerana mereka semua perlu menjalani penggambaran di Chuseok. Kim Hye-soo menjemput kami semua dan belanja kami semua makan. 

Dia menambah,

Ketika kami semua berkumpul pada waktu itu, saya ingin ada satu kenangan bersama semua, jadi saya bertanya kepada Kim Hye-soo, “Senior, sudi tak ke bilik foto dan bergambar bersama kami?”, dan dia bersetuju.

under the queens umbrellaDia juga berkata,

Tempat kami bergambar itu sebenarnya lebih kepada studio, jadi saya berasa seolah kami sedang ambil foto keluarga bersama. Senior Kim Hye-soo juga berkata bahawa ini adalah kali pertama buatnya, jadi dia juga senang dapat bergambar bersama ‘adik-adik’. 

Baiknya la Kim Hye-soo ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...