Ikuti Kami:

Guna Ekspresi Kening, Lakonan Kim Hyesoo Dalam ‘Under The Queen’s Umbrella’ Dipuji Penonton

Guna Ekspresi Kening, Lakonan Kim Hyesoo Dalam ‘Under The Queen’s Umbrella’ Dipuji Penonton

Berlakon guna ‘skill’ kening, Kim Hye-soo kini jadi bualan peminat.

Drama tvN, “Under The Queen’s Umbrella”, kini merupakan antara drama hit yang menjadi bualan ramai. Pelakon utamanya, Kim Hye-soo yang memegang watak sebagai permaisuri Im Hwa-ryeong, berjaya menambat hati peminat. kim hyesooDrama ini berjaya meraih perhatian sebelum ianya disiarkan lagi. Mempunyai garis bahasa istana yang unik dan visual drama bersejarah yang menarik, drama ini mampu untuk mengekalkan penonton di hadapan skrin sepanjang siarannya.

Lakonan Kim Hye-soo paling mendapat pujian peminat kerana lakonannya kali ini dianggap ‘stand out’. Kim Hye-soo berjaya membawa watak permaisuri Joseon dengan baik. Dia juga dipuji kerana berjaya mempamerkan ekspresi lakonan yang berkesan terutama sekali menggunakan keningnya. kim hyesooAura Permaisuri Hwa-ryeong terus terserlah apabila dia hanya menggunakan nada suara yang ‘low-pitched’ dan juga gerakan kening. Dia terus mendapat pujian penonton menerusi babak di mana dia menoleh ke belakang lalu menjeling ke arah Hwang Won-hyeong. Dia tidak perlu menyampaikan skrip secara langsung, cukup sekadar lakonan mata, ianya mampu menyampaikan mesej berkesan kepada penonton.

Lakonan Kim Hye-soo bila je tak power!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...