Jadi Teladan, Park Bogum, Kim Hyesoo & Cha Seungwon Terima Anugerah Tokoh Kewangan
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Bukan senang kita nak jumpa manusia yang baik dan ikhlas hatinya kan?
Baru-baru ini, tiga pelakon yang sangat dikenali dengan sifat pemurah dan baik hati, Park Bo-gum, Kim Hye-soo dan Cha Seung-won, menerima satu pujian tertinggi.
박보검군의 국무총리 표창장
구경할사람 .ᐟ.ᐟ ♡ pic.twitter.com/YUe7HLvV6X— 이름 (@gummyblue_) October 25, 2022
Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan menganugerahkan ‘Pujian Perdana Menteri’ untuk Simpanan dan Pelaburan kepada pelakon, Park Bo-gum di satu majlis yang diadakan di 63 Convention bertempat di Yeouido, Seoul. Park Bo-gum juga sempat memberi ucapan,
Berdasarkan pendapatan yang saya peroleh melalui lakonan dna kerjaya saya sebagai pelakon, saya menjalani kehidupan sederhana dengan menabung dan melabur dengan konsisten. Saya juga berkerja keras untuk menyebarkan pengaruh yang baik terhadap belia dan terus mengambil bahagian dalam membuat kebajikan di rumah anak yatim, acara tajaan dan untuk golongan wanita.
https://twitter.com/pppw70282758/status/1585072731061878784
Bukan itu sahaja, pelakon Kim Hye-soo dan Cha Seung-won juga menerima anugerah ‘Tokoh Presiden’ dan ‘Tokoh Pengerusi’ Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan masing-masing, di atas sumbangan mereka kepada contoh teladan terhadap budaya menyimpan dan menabung dengan baik.
Bagusnya lah…. terus jadi teladan yang baik!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




