Ikuti Kami:

Sering Bawa Watak Kelakar, Kang Kiyoung Ulas Dapat Tonjol Sisi Baru Dalam ‘Extraordinary Attorney Woo’

Sering Bawa Watak Kelakar, Kang Kiyoung Ulas Dapat Tonjol Sisi Baru Dalam ‘Extraordinary Attorney Woo’

Nampaknya, selepas “Extraordinary Attorney Woo”, Kang Ki-young telah berjaya membuktikan bahawa dia adalah seorang pelakon yang serba boleh.

Bagi yang belum tahu, Kang Ki-young membawa watak sebagai Jung Myung-seok iaitu mentor kepada watak Park Eun-bin (Woo Young-woo) dalam “Extraordinary Attorney Woo”.

Dalam temu bual yang dilakukan bersama pelakon itu, Kang Ki-young berkongsi bahawa sebelum ini, dia sering membawa watak yang tidak matang dan lucu dalam sebuah drama tetapi selepas “Extraordinary Attorney Woo”, dia dapat menunjukkan kepada penonton bahawa dia mampu untuk mengambil watak yang serius. Kang Ki-young berkata,

Saya rasa seperti saya menemui hala tuju sebagai pelakon.

kang kiyoung

Untuk pengetahuan, Jung Myung-seok ialah seorang watak dengan kepimpinan yang lembut. Dia menerima Woo Young-woo sepenuhnya sebagai ahli pasukan, dan dia seorang ketua yang sentiasa memberi sokongan penuh. Mengenai wataknya ini, Kang Ki-young menjelaskan,

Saya percaya anda boleh belajar daripada sesiapa sahaja, sama ada mereka muda atau tua, malah anak anjing. Saya percaya anda perlu belajar daripada mereka jika ada sesuatu yang perlu dipelajari. Saya percaya ramai orang menjadi lebih keras hati dan lebih berdikari semasa tempoh COVID. Jadi saya rasa watak ini mengurangkan penonton daripada itu kerana dia seorang dewasa sebenar yang bukannya fantasi.

Pelakon serba boleh Kang Ki-young ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...