Ikuti Kami:

“Pengikut Instagram Saya Naik” – Kang Kiyoung Ulas Populariti Lepas Bintangi ‘Extraordinary Attorney Woo’

“Pengikut Instagram Saya Naik” – Kang Kiyoung Ulas Populariti Lepas Bintangi ‘Extraordinary Attorney Woo’

Memang tidak dinafikan bahawa pelakon Kang Ki-young semakin menjadi bualan kini, selepas muncul dalam “Extraordinary Attorney Woo”.

Pada 10 Ogos lalu, pelakon “Extraordinary Attorney Woo” iaitu Kang Tae-oh, Kang Ki-young, Ha Yoon-kyung dan Joo Jong-hyuk telah muncul dalam siaran khas Naver NOW sebagai tetamu.

Dalam siaran itu, kesemua mereka ditanya sama ada terdapat perubahan dari segi populariti selepas membintangi drama popular tersebut.

kang kiyoung kang taeoh

Pada awalnya, Kang Ki-young berkongsi bahawa pengikut Instagramnya meningkat banyak selepas muncul dalam drama ini. Jelasnya,

Saya tidak merasakannya secara langsung, tetapi nampaknya saya mempunyai pengikut sosial media dua kali lebih ramai. Sebelum ini, orang tidak akan kenal saya kalau saya pakai topi dan pelitup muka tapi sekarang, hanya mendengar suara saya orang akan berkata ‘Awak kelihatan seperti pelakon itu’.

Kang Tae-oh turut berkongsi,

Seperti Kang Ki-young, saya juga mempunyai ramai pengikut. Saya tidak kerap keluar rumah, jadi saya tidak merasakannya secara langsung, tetapi saya telah mendapat panggilan dari ramai kenalan. Atas permintaan, saya meminta autograf daripada syarikat.

extraordinary attorney woo

Makin jadi rebutan la mereka selepas ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...