Ikuti Kami:

“Saya Menangis..” – Kang Kiyoung Dedah Tak Jangka ‘Extraordinary Attorney Woo’ Akan Popular

“Saya Menangis..” – Kang Kiyoung Dedah Tak Jangka ‘Extraordinary Attorney Woo’ Akan Popular

Semakin mendapat perhatian kini, Kang Ki-young menjelaskan bahawa dia tidak menyangka bahawa drama “Extraordinary Attorney Woo” akan menjadi begitu popular.

Terbaru pada siaran 2 Ogos program radio ‘Two O’Clock Date Muse’, Kang Ki-young telah hadir sebagai tetamu.

Pada awalnya, DJ radio Ahn Young-mi bertanya khabar kepada pelakon itu. Kang Ki-young menjawab,

Sudah agak lama sejak penggambaran drama itu tamat, jadi saya tidak terlalu sibuk. Saya kini sedang seronok menonton drama itu dari perspektif seorang penonton.

kang kiyoung extraordinary attorney woo

Kemudian, pelakon itu ditanya sama ada dia sudah menjangkakan bahawa “Extraordinary Attorney Woo” akan menerima tahap populariti sehebat ini. Jelas Kang Ki-young,

Saya tidak tahu populariti akan mencapai tahap ini. Saya tidak tahu ia akan menyebabkan ‘sindrom’. Saya fikir ia akan menjadi drama yang boleh ditonton orang ramai dengan selesa. Sudah lama sejak drama itu keluar, tetapi saya tidak tahu rating penonton akan meningkat secara mendadak. Walaupun selepas episod pertama dan kedua, saya menangis pada hari berikutnya.

Drama ni memang layak popular!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...