Ikuti Kami:

Kang Kiyoung Kongsi Bagaimana Dapat Watak Dalam ‘Extraordinary Attorney Woo’

Kang Kiyoung Kongsi Bagaimana Dapat Watak Dalam ‘Extraordinary Attorney Woo’

Kalau korang tengok drama bersiri “Extraordinary Attorney Woo”, pasti akan ada antara korang yang menggemari watak Jung Myung-seok kan? Namun, ada sedikit kisah bagaimana reaksi pelakon Kang Ki-young sebelum dia menerima watak tersebut.

Terbaru, jika dilihat di akaun Twitter rasmi Netflix Korea, Kang Ki-young hadir mengadakan satu sesi temu bual bersama pihak mereka.

Apabila dia ditanya mengenai pandangannya jika dia perlu menamakan satu pelakon drama tersebut yang paling menjiwai watak mereka, tanpa berfikir panjang dia menyebut, Park Eun-bin.

Semestinya watak Woo Young-woo. Saya tidak rasa jika ada pelakon lain yang mampu membawa watak tersebut dengan baik selain Park Eun-bin. Watak itu dilakonkan olehnya dengan baik sekali.

Berbalik kepada dirinya, Kang Ki-young diajukan soalan bagaimana perasaannya sewaktu ditawarkan untuk memegang watak tersebut. Dia berkata,

Semasa saya menerima bahagian pertama skrip daripada pihak produksi, saya dengan yakin merasakan bahawa saya perlu memegang watak ini. Saya perlu mendapatkan watak ini walaupun saya harus menarik seluar penulis dan pengarah agar diberikan watak itu.

Kang Ki-young juga dilihat berjaya membawa watak Jung Myung-seok apabila rata-rata dalam kalangan peminat memberikan respons yang positif terhadap lakonannya.

Saya tertarik dengan pesona Kang Ki-young hari ini!

 

Saya tidak dapat membayangkan pengacara Jung Myung-seok dilakonkan oleh mana-mana pelakon lain kecuali Kang Ki-young!

 

Myung-seok sangat comel dalam kehidupan sebenar!

 

Tolong jaga Myung-seok sebagai bapa kedua Woo Young-woo!

kang kiyongNampaknya, bukan Park Eun-bin saja yang berjaya menjiwai watak dengan baik, Kang Ki-young pun sama! Syabas buat pelakon “Extraordinary Attorney Woo”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...