Ikuti Kami:

Serba Boleh! Video Lisa BP Berlakon Dalam Drama Thailand Tular

Serba Boleh! Video Lisa BP Berlakon Dalam Drama Thailand Tular

Siapa sangka, sebelum jadi seorang penyanyi, Lisa BLACKPINK rupanya telah membuat debutnya sebagai seorang pelakon!

Terbaru, klip dari drama Thailand “Beggar Princess” yang disiarkan pada 2006 telah tular di media sosial, apabila peminat perasan bahawa Lisa turut berlakon dalam rancangan berkenaan.

Dalam video yang dikongsi, wanita itu telah menunjukkan bakatnya dalam tarian sejak kecil lagi sekaligus membuktikan kebolehannya dalam bidang lakonan juga. Dengan ini, ia semakin mengukuhkan lagi Lisa sebagai seorang idola yang serba boleh.

Oleh itu, peminat berharap agar di masa hadapan Lisa mempunyai peluang untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon, sama ada di Korea atau global.

Alahai comel je Lisa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...