Ikuti Kami:

Apakah Rancangan Lisa BP Jika Dia Tinggalkan YG? Peminat Tebak 4 Kemungkinan Ini

Apakah Rancangan Lisa BP Jika Dia Tinggalkan YG? Peminat Tebak 4 Kemungkinan Ini

Selepas kontrak tamat, pasti ramai yang tertanya-tanya adakah Lisa akan meneruskan kerjayanya sebagai ahli BLACKPINK di bawah YG Entertainment.

Sehingga hari ini, pelbagai khabar angin telah tersebar mengenai Lisa yang ditawarkan kontrak lumayan dari syarikat luar negara.

Sebelum ini, wanita itu juga dipercayai telah menolak sebanyak 2 kali tawaran dari YG Entertainment untuk terus bekerjasama dengan mereka. Bagaimanapun, jika Lisa memutuskan untuk tidak bernaung di agensi itu lagi, apakah rancangan masa depannya?

Pulang ke Thailand

Umum pasti mengetahui bahawa Lisa merupakan anak kelahiran Thailand dan sekiranya berpisah dengan YG, ada kemungkinan untuk penyanyi itu akan membina kerjaya solonya di negara tersebut.

Tambahan pula, Lisa sangat terkenal dan disayangi di situ jadi masa depannya sebagai seorang artis pastinya akan cerah.

lisa blackpink

Teruskan aktiviti solo di Korea

Bukan sahaja di Thailand malahan, Lisa juga turut disokong ramai orang di Korea Selatan. Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan lagu 2 solonya “LALISA” dan “Money” yang telah berjaya memecahkan pelbagai rekod.

Selain itu, ada yang berpendapat jika Lisa meninggalkan YG Entertaiment, dia berkemungkinan akan bernaung di bawah The Black Label dan diuruskan oleh penerbit muzik popular Teddy, yang sudah aktif bekerja dengannya sejak debut lagi.

Teruskan kerjaya di pasaran antarabangsa

Bukan sahaja popular di Thailand dan Korea malahan Lisa turut menerima sokongan dari seluruh dunia dek bakatnya yang tiada tandingan.

Pada hujung September ini, Lisa akan memulakan aktiviti solonya dengan membuat persembahan di kelab malam Crazy Horse, Paris selama 5 malam.

Selain aktif sebagai penyanyi, wanita berumur 26 tahun itu juga mempunyai peluang yang luas dalam bidang fesyen dan permodelan. Ini dapat dibuktikan dengan kejayaannya sebagai duta global kepada jenama mewah seperti Celine, Bvlgari dan banyak lagi.

lisa blackpink

Kekal jadi ahli BLACKPINK selepas keluar YG

Sudah bersama selama 10 tahun sejak debut, hubungan BLACKPINK bukan sahaja hanya sebagai satu kumpulan tetapi juga sebagai sebuah keluarga.

Jika dia membuat keputusan untuk keluar dari YG Entertainment, ada yang meneka bahawa Lisa akan kekal menjadi sebahagian dari BLACKPINK.

Apa sahaja keputusan Lisa, peminat pasti akan tetap setia menyokong kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...