Utama Rancangan Hiburan Seperti ‘Tiada Fungsi’, Ada Penonton Minta Song Jihyo Keluar Dari ‘Running Man’?

Seperti ‘Tiada Fungsi’, Ada Penonton Minta Song Jihyo Keluar Dari ‘Running Man’?

song jihyo running man

Sepertinya ramai yang ‘bercakap belakang’ mengenai penampilan Song Ji-hyo di dalam “Running Man” kini.

Pandangan mengenai pelakon wanita itu agak luar biasa di mana penampilannya di dalam program itu sepertinya tak lebih daripada ‘dinding’ sahaja, menurut laporan media Korea ini. Dalam kontroversi ini berterusan diperkatakan, ada teori mengatakan bahawa akan ada pengganti tak lama lagi.

13 tahun bersama program itu, penyertaan Song Ji-hyo agak kelam dalam episod kali ini di mana kesemua ahli menyelesaikan kuiz, merasai mee kicap soya dan bermain bola keranjang. Disebabkan permainan sukan itu banyak dimonopoli oleh ahli lelaki, bahagian wanita itu tetap kekurang kalau dibandingkan dengan Jeon So-min.

Oleh itu, rata-rata penonton membanjiri laman komuniti dengan aduan seperti ‘Adakah dia hanya ‘dinding’ sahaja?’ Malah ini bukan kali pertama Song Ji-hyo terpalit dengan masalah personaliti di “Running Man”, ianya merupakan sesuatu yang kerap diutarakan. Sepertinya dia kurang bekerja keras berbanding ahli lain.

song jihyo

Mungkin penat dengan isu yang berulang, ada segelintir penonton yang meminta Song Ji-hyo meninggalkan program itu, “Kalau tak nak meyertai program hiburan, awak kena keluar.”

Nasihat seorang peminat lama yang mengakui dirinya sebagai peminat Song Ji-hyo,

Benar, saya tak benci dengan kenyataan bahawa Song Ji-hyo muncul dalam rancangan hiburan.

Tambah lagi,

Pada ketika dia mempunyai hubungan cinta bersama Gary, mereka berjaya menutupnya namun selepas lelaki itu keluar, wataknya dalam program hiburan semakin berkurangan.

sbs running man

Kata-kata lain,

Song Ji-hyo yang paling mengenali dirinya, tapi tak semestinya perlu keluar dari rancangan itu kerana setiap ahli merupakan sebahagian dari identiti ‘Running Man’.

Walaupun artikel ini diletakkan di bawah topik hangat, namun pendapat netizen lebih memberat ke arah menyokong Song Ji-hyo di mana mereka mengakui wanita itu mempunyai ‘identiti’ yang tersendiri dalam rancangan berkenaan.

Dalam pada itu, Song Ji-hyo sedang dalam kemelut bersama bekas agensinya Uzurocks mengenai isu pembayaran berkaitan pengiklanan namun bayaran kemunculan dalam “Running Man” dalam anggaran 4 juta (RM14,299) ke 5 juta won (RM17,874) dibayar terus kepadanya.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERSports Kyunghyang
Loading...