Ikuti Kami:

“Kenapa Awak Tak Pakai Seluar Pendek?” – Kim Jongkook Usik Song Jihyo

“Kenapa Awak Tak Pakai Seluar Pendek?” – Kim Jongkook Usik Song Jihyo

Seronok melihat Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo yang kadang ‘bertelingkah’ seperti anak kecil dalam “Running Man”.

Semasa pembukaan episod terbaru ini, hanya Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook yang sampai di tempat penggambaran. Usik lelaki itu,

Kenapa tak pakai seluar pendek? Awak patut tunjuk kaki yang ‘gelap’ itu.

Balas Song Ji-hyo,

Kalau saya tarik seluar, jadilah seluar pendek.

song jihyo kim jongkook

Melihatkan betis wanita itu yang masih lagi berbaki warna perang dek ‘tanning’,

Stoking hitam.

Song Ji-hyo kemudiannya cuba berbasa-basi dan bertanya sama ada Kim Jong-kook mengeringkan rambut namun lelaki itu hanya membalas ‘tidak’ dengan suara yang mendatar. Respon pelakon wnaita itu,

Agak tegang ya hari ini.

Kim Jong-kook bagaimanapun tertawa dan menafikan hal tersebut selain cuba menaikkan suasana dengan berkata bahawa suasana hari ini sangat baik.

song jihyo kim jongkook

Lawan Song Jihyo,

Apa yang baiknya.. hanya kita berdua di sini.

Gitulah dorang..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...