Rasanya ramai sebenarnya menyokong hubungan antara Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo yang kelihatan akrab dalam “Running Man”.
Walau bagaimanapun, selepas sering diusik sebagai pasangan bercinta namun mereka sepertinya kurang berinteraksi kini.
Pun begitu, penonton perasan bahawa Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook berkemungkinan besar selalu menghabiskan masa bersama di luar waktu penggambaran. Ini kerana dalam episod terbaru “Running Man”, ahli lain mempersoalkan tentang kaki kedua-dua mereka yang kelihatan terlalu perang dek ‘tanning’.
Perjelas lelaki berbadan sasa itu,
Bukan, dia kata nak ‘tanning’. Jadi, saya perkenalkan satu tempat untuknya. Apa salahnya dengan itu?
Walau bagaimanapun, apabila diasak mengenai hal itu dan didakwa bahawa dia berkongsi tempat pembaringan ketika ‘tanning’, jawab Kim Jong-kook,
Tak lah, kami menggunakan mesin berasingan.
Rata-rata peminat yang mendengarkan hal itu mula berasa sangsi apabila Kim Jong-kook terlalu ‘defensive’, “Bagaimana dia tahu Song Ji-hyo menggunakan mesin berlainan jikalau dia tidak pergi bersama kan?”
Apa pula pendapat korang?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉