Ikuti Kami:

Seperti Sinetron, Ini Antara 6 K-Drama Mempunyai Lebih 100 Episod

Seperti Sinetron, Ini Antara 6 K-Drama Mempunyai Lebih 100 Episod

K-Drama menjadi sangat popular kerana genre serta jalan cerita yang sangat menarik.

Korang tahu tak ada drama Korea yang mempunyai episod lebih daripada 100? Jom baca perkongsian KimchiDaily di bawah.

A Man In The Veil (105 episod)

kdrama ada lebih 100 episod

Drama ini berkisar tentang seorang lelaki yang terperangkap di antara dua beradik perempuan. Lee Tae-poong hidup dengan kecacatan kognitif akibat kemalangan yang tidak dijangka dan disebabkan itu dia telah bertemu dengan dua beradik kembar. Dua perempuan terbabit mempunyai perasaan berbeza di mana, seorang menyayanginya dengan sepenuh hati, dan seorang lagi layan endah tak endah.

A Place In The Sun (102 Episod) 

kdrama ada lebih 100 episod

Siri ini lebih kepada merebut kuasa takhta untuk Kumpulan Yangji. “A Place In The Sun” membuat emosi penonton naik turun dan bercampur-baur.

A Tale Of Two Sisters (135 episod) 

kdrama lebih 100 episod

“A Tale of Two Sisters” menceritakan kisah seorang wanita dijaga oleh keluarga angkat semenjak kecil. Namun, pada suatu hari dia telah bertemu dengan ibu kandungnya. Ianya telah memberi kekeliruan kepada wanita itu tentang asal usulnya. Drama ini sangat comel kerana penonton dapat mempelajari kasih sayang antara keluarga.

Gold Mask (100 episod) 

kdrama ada lebih 100 episod

“Gold Mask” mengisahkan tentang seorang wanita bernama Yoo Soo-yeon membesar dalam keluarga biasa. Dia jatuh cinta dengan seorang lelaki dari keluarga chaebol dan berkahwin dengannya. Orang luar melihat kehidupannya seolah-olah seperti Cinderella dan dia dicemburui, tetapi hidupnya menjadi sukar kerana layanan buruk daripada mertuanya.

The Secret House (124 episod)

kdrama ada lebih 100 episod

“The Secret House” menceritakan tentang seorang peguam yang kurang bernasib baik mencari jejak ibunya yang hilang. Dalam usaha untuk mencari ibunya, perjalanan itu berjaya mendedahkan beberapa kebenaran yang mengejutkan dan membingungkan dirinya.

All Is Well (102 episod)

kdrama ada lebih 100 episod

Drama ini menunjukan erti sebenar kehidupan sebagai orang dewasa. Pelbagai konflik dalaman dan kebencian dapat dilihat melalui drama ini dan semuanya akan menjadi baik apabila ada pengampunan. Untuk pengetahuan, setiap episod untuk drama “All Is Well” ini ditayangkan lebih kurang 35 minit.

Seronok juga layan masa cuti..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...