Utama Rancangan Hiburan “Seperti Pasangan Berkahwin” – Penonton Perasan Song Jihyo & Kim Jongkook Sentiasa...

“Seperti Pasangan Berkahwin” – Penonton Perasan Song Jihyo & Kim Jongkook Sentiasa Berdua

song jihyo kim jongkook

Siapa bermata tajam, pastinya perasan keakraban Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook dalam setiap episod “Running Man” kan?

Seperti dalam episod terbaru program itu, di mana kesemua ahli bersama-sama menyertai percutian ke Gangwon-do. Dalam perjalanan, mereka sempat membeli-belas di pasar tempatan bagi mendapatkan barangan memasak.

Semasa memilih barang dan menjamu selera, penonton perasan bahawa Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook asyik berjalan bersama. Bahkan pada satu ketika, wanita itu dilihat selesa menjamah sup dari bekas yang sama dengan Kim Jong-kook dan langsung tidak dipertikaikan lelaki tersebut.

song jihyo kim jongkook

Tak cukup dengan itu, semasa ahli lain sedang sibuk merasa kimchi dijual di kedai sebelah, kedua mereka berdua-duaan di kedai lauk sambil Kim Jong-kook menyuap makanan buat Song Ji-hyo.

Ketika menaiki bas ke destinasi terakhir, Kim Jong-kook sempat mengusik Song Ji-hyo mengenai kemahiran memasaknya. Katanya selepas wanita itu mengakui bahawa dia semakin pandai mereneh rebusan,

Ji-hyo jangan terlalu yakin sangat.

song jihyo kim jongkook

Sambungnya lagi apabila ahli lain mengusik mengenai kemahiran memasak telur,

Rasanya Ji-hyo tak pernah menggoreng telur.

Melihatkan hubungan antara mereka selain bertelingkah kecil, ramai yang mengatakan mereka kelihatan seperti pasangan yang sudah lama berkahwin. Bukan sahaja selesa berkongsi makanan, Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo langsung tak terasa walaupun diusik.

Comel!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERNaver TV
Loading...