Ikuti Kami:

Seperti Dalam K-Drama, Sikap ‘Gentleman’ Lee Jaewook Pada Go Yoonjung Bikin Peminat Teruja

Seperti Dalam K-Drama, Sikap ‘Gentleman’ Lee Jaewook Pada Go Yoonjung Bikin Peminat Teruja

Lee Jae-wook dan Go Yoon-jung telah memberi gambaran tentang detik K-Drama di kehidupan sebenar yang menggetarkan hati peminat.

“Death’s Game” merupakan antara drama yang paling dinantikan ramai terutamanya kerana barisan pelakon hebat yang terlibat di dalam drama tersebut.

Baru-baru ini, kesemua pelakon drama tersebut telah hadir bersama di acara sidang media dan terdapat satu klip di acara itu yang tular dan menjadi perbualan ramai di media sosial.

Di mana, di tengah-tengah persidangan tersebut, beberapa peminat telah menangkap gelagat manis Lee Jae-wook terhadap Go Yoon-jung.

Terlebih dahulu, kedua-dua pelakon ini pernah bergandingan dan menunjukkan keserasian mereka sebagai watak utama di dalam drama “Alchemy of Souls 2”. Jadi, melihat interaksi manis mereka di kehidupan sebenar telah membuatkan rata-rata peminat teruja.

aos

Semasa sidang media tersebut, para pelakon terpaksa menuruni anak tangga untuk turun dari pentas.

Namun disebabkan lampu yang malap di kawasan itu, Lee Jae-wook yang berada di hadapan Go Yoon-jung telah kelihatan sering menoleh ke belakang untuk memastikan bahawa pelakon wanita itu dapat turun dengan selamat.

Tidak berhenti di situ, peminat Korea juga mendapati bahawa Lee Jae-wook turut menyuruh Go Yoon-jung supaya berhati-hati.

Kelakuan Lee Jae-wook yang lemah lembut terhadap Go Yoon-jung ini telah membuatkan peminat teruja dan tidak sabar untuk menonton kemunculan mereka di dalam “Death’s Game” pada 15 Disember ini.

Mana nak cari lelaki macam Lee Jae-wook?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...