Ikuti Kami:

“Kami Kena Sentiasa..” – Park Sodam & Seo Inguk Luah Kesukaran Berlakon Dalam ‘Death’s Game’

“Kami Kena Sentiasa..” – Park Sodam & Seo Inguk Luah Kesukaran Berlakon Dalam ‘Death’s Game’

Park So-dam dan Seo In-guk telah berkongsi pengalaman mereka berlakon di dalam drama “Death’s Game”.

Baru-baru ini, Seo In-guk dan Park So-dam telah ditemu bual oleh majalah ‘ELLE KOREA’ mengenai drama terbaru mereka yang akan datang iaitu “Death’s Game”.

Drama yang diadaptasikan daripada webtoon terkenal itu mengisahkan tentang seorang lelaki yang dihukum mati sebanyak 12 kali.

Di dalam temu bual tersebut, kedua-dua pelakon itu telah berkongsi kesukaran mereka untuk melakonkan watak di dalam “Death’s Game”.

Park So-dam berkata,

Saya suka drama ni sebab ianya genre yang memang saya nak lakukan dari dulu. Tapi, ada beberapa kandungan di dalam drama ini yang sukar untuk diluahkan dengan hanya membaca skrip.

deaths game (6)

Tambahnya,

Kami kena terus membayangkan bahawa kami sedang berada di dalam situasi watak tersebut dan hasilnya macam mana. Sebab itu saya rasa yang drama ini sangat menarik dan sukar untuk dilakonkan.

Manakala Seo In-guk berkata,

Saya sebenarnya suka drama merentas masa macam ni. Sebagai seorang pelakon, saya memang dah idamkan watak seperti ini dan berasa sangat teruja apabila dapat mengambil bahagian di dalam drama ni.

Drama “Death’s Game” ini akan mula ditayangkan pada 15 Disember 2024.

Mesti gempak kan drama ni nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...