Ikuti Kami:

Meremangkan, Teaser Pertama ‘Death’s Game’ Tunjuk Babak Seo Inguk Dihukum Mati

Meremangkan, Teaser Pertama ‘Death’s Game’ Tunjuk Babak Seo Inguk Dihukum Mati

Macam menarik je drama ni.

Drama terbaru TVING iaitu “Death’s Game” telah mengeluarkan teaser pertama mereka yang menampilkan Seo In-guk dan Park So-dam sebagai pelakon utama.

Di mana dalam video itu, ramalan hukuman mati bagi watak Choi Yi-jae didedahkan. Jeritan yang datang dari tebing yang tinggi di kawasan laut yang mempunyai ombak berwarna merah gelap telah menunjukkan suasana yang menyeramkan.

Terdapat juga satu babak yang menunjukkan suasana di mana Choi Yi-jae berdiri diatas gaung yang dipenuhi jeritan manusia sebelum kedengaran satu suara yang menjatuhkan hukuman keatasnya.

Suara itu berkata,

Choi Yi-jae, anda akan mati sebanyak 12 kali. Awak akan masuk ke dalam 12 badan yang berbeza tidak mengira usia dan jantina, awak akan mati juga.

deaths game

Pasukan produksi drama itu menyatakan bahawa drama “Death’s Game” ini merupakan drama yang mengisahkan tentang Choi Yi-jae, seorang yang sudah putus asa dengan kehidupan. Di mana dia telah menghadapi kesukaran untuk hidup namun akhirnya sedar akan maksud sebenar kehidupan.

Drama yang menunjukkan penampilan istimewa barisan pelakon terkenal seperti Lee Jae-wook, Choi Si-won, Go Youn-jung, Sung Hoon, Lee Do-hyun dan ramai lagi, akan mula ditayangkan pada Disember 2023 ini.

Wah! Nak kena tonton ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...