Ikuti Kami:

Sepatutnya Berlainan, Pengarah Dedah Skrip Asal Ending ‘Crash Landing On You’

Sepatutnya Berlainan, Pengarah Dedah Skrip Asal Ending ‘Crash Landing On You’

Ingat lagi tak drama “Crash Landing On You” yang mencipta fenomena di serata dunia dek lakonan hebat Son Ye-jin dan Hyun Bin?

Rupanya ada rahsia tidak dijangka yang mungkin membuatkan anda terkejut telah didedahkan baru-baru ini.

Pada 12 Oktober lalu, sebuah dokumentari khas drama berkenaan telah ditayangkan di saluran NHK Jepun memandangkan ianya terus popular di negara matahari tersebut itu. Malah ada temubual eksklusif bersama Son Ye-jin dan beberapa pelakon lain serta pengarah drama itu yang menceritakan pelbagai cerita di sebalik tabir.

Antara yang menarik perhatian ramai ialah kerana ending “Crash Landing On You” yang sepatutnya berakhir tragik pada asalnya. Bukan yang bahagia di mana Ri Jung-hyeok dan Yoon Se-ri bersatu di Switzerland seperti ditayangkan dalam episod akhir drama itu.

ending crash landing on you

Sepatutnya dalam skrip asal, kedua mereka berpisah di sempadan yang memisahkan dua Korea dan ianya berakhir di situ.

Mengenai penyatuan Se-ri dan Jung-hyuk di Switzerland, ia adalah babak yang ditulis semula. Skrip asal mempunyai babak kesudahan yang berlainan. Untuk menjadikan ia realistik, mereka sepatutnya berpisah selamanya di ‘The 38th Parallel’.

Malah sepatutnya babak terakhir merupakan imbauan kenangan antara mereka yang berjumpa di Switzerland 7 tahun yang lalu sahaja.

Rata-rata peminat yang mendapat tahu mengenai ending asal ini meluahkan rasa syukur kerana mereka mengubahnya. Jika tidak, pastinya ramai yang akan berasa kesal dengan kesudahan yang menyakitkan itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...