Raih Rating Tertinggi Dalam Sejarah tvN, Episod Akhir ‘Crash Landing On You’ Pecah Rekod ‘Goblin’!

crash landing on you pecah rekod goblin

Hebat sungguh penangan drama “Crash Landing On You” ini! Sampaikan setiap kali tayangan, pasti namanya akan trending di Twitter. Meskipun ada yang cakap plotnya agak klise pada awalnya, tetapi jumlah penonton yang kian meningkat pada saban episod membuktikan bahawa ramai yang sebenarnya sukakan jalan cerita romantik sebegini!

crash landing on you

Lakonan Hyunbin sebagai Ri Junghyuk dan Son Yejin sebagai Yoon Seri yang mantap dan serasi membuatkan penonton lebih menjiwai watak mereka itu. Sampaikan apabila mereka berasa sedih, orang ramai yang menonton di rumah pun rasa nak menangis sekali.

Nak tahu tak betapa gempaknya drama ini? Setelah naskhah fantasi popular iaitu “Goblin” memegang takhta sebagai rating tertinggi untuk tayangan episod terakhirnya selama hampir 3 tahun, rekod tersebut berjaya direbut oleh “Crash Landing On You”! Rating per minit episod akhir drama lakonan Gong Yoo dan Kim Goeun ialah 20.5% manakala rating drama kisah percintaan tentera Korea Utara dan anak orang kaya Korea Selatan itu pula mendapat catatan 21.68% dengan rating per minit tertinggi iaitu 24.1%.

goblin

Nampaknya drama “Crash Landing On You” akan menjadi sebutan ramai orang untuk jangka masa yang lama lagi. Rasanya ada tak yang akan dapat kalahkan rating naskhah ini suatu hari nanti?

Sumber: Herald Pop

4 KOMEN

Leave a Reply