Ikuti Kami:

“Sepadan Sangat” – Netizen Syok Lihat Song Jihyo Mengusik Kim Jongkook Dalam ‘Running Man’

“Sepadan Sangat” – Netizen Syok Lihat Song Jihyo Mengusik Kim Jongkook Dalam ‘Running Man’

Seronoklah peminat ‘Spartace’ sebab Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook semakin rajin berinteraksi dalam beberapa episod “Running Man” sejak kebelakangan ini.

Terbaru, program itu telah menjemput Lee Young-ji dan Heo Young-ji sebagai tetamu. Dalam misi pertama, mereka menunjukkan skil tarian yang menakjubkan meskipun masih di awal pagi.

Song Ji-hyo telah bergabung tenaga dengan Heo Young-ji dan Jun So-min bagi mempersembahkan tarian untuk lagu S.E.S., “I’m Your Girl”. Gurau Yoo Jae-suk,

Ji-hyo, Jong-kook merasakan awak sangat comel.

song jihyo kim jongkookWalaubagaimanapun, nafi Kim Jong-kook,

Awak tak pandang saya pun! Awat tak tengok muka saya pun! Awak nampak ke?

Usik Song Ji-hyo pula,

Saya comel sangat ke?

Kemudian, mereka bermain permainan di mana mereka perlu memanggil deskripsi seseorang dan sesiapa yang merasakan ianya adalah mengenai mereka, perlu menyahutnya. (Biasanya panggilan ini ialah memalukan atau mejengkelkan). Song Ji-hyo yang sama kumpulan dengan Yoo Jae-suk menyebut,

Teman lelaki saya.

song jihyo kim jongkook

Meskipun bertahan pada awalnya, Kim Jong-kook membalas panggilan tersebut.

Melihatkan interaksi comel di antara Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo, rata-rata penonton memberikan sokongan kepada hubungan mereka,

Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook memang sepadan.

 

Yoo Jae-suk adalah orang yang paling teruja dengan hubungan cinta ini.

 

Tapi memang bercinta ke? Kenapa excited sangat?

 

Memang dia asyik pandang Song Ji-hyo pun~

 

Comelnya Song Ji-hyo!

Kalau dah jodoh, apa salahnya kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...