Ikuti Kami:

Song Jihyo Kongsi Rasa Sayang Buat ‘Running Man’, Dedah ‘Hubungan Cinta’ Dengan Kim Jongkook

Song Jihyo Kongsi Rasa Sayang Buat ‘Running Man’, Dedah ‘Hubungan Cinta’ Dengan Kim Jongkook

Meskipun memulakan kariernya sebagai pelakon namun Song Ji-hyo kian dikenali ramai selepas menyertai program “Running Man” pada tahun 2010.

Sinonim dengan program berkenaan, pelakon wanita itu turut berkongsi perasaan sayangnya terhadap “Running Man”.

‘Running Man’ ialah sebahagian daripada hidup saya. Saya menyertainya pada usia awal 30-an dan kini saya sudah berusia 41 tahun. Saya menghabiskan keseluruhan 30-an saya bersama program itu. Saya hidup sebagai ahli ‘Running Man’ selama suku kehidupan saya. Saya berharap agar dapat terus bekerja dengan ahli dan kru seperti sekarang ini. Ini yang saya mahukan. Jikalau saya tak hadiri penggambaran ‘Running Man’, saya akan berasa seperti separuh nyawa saya hilang.

sbs running manMalah Song Ji-hyo juga tidak segan untuk menjawab ‘hubungan cinta’ bersama Kim Jong-kook yang mula berbangkit di dalam “Running Man” sejak kebelakangan ini. Katanya, dalam usaha untuk mengusik lelaki berbadan sasa itu, dia tanpa sengaja terbabit sekali. Namun kerana berasa selesa dengan kesemua ahli, dia tidak kisah dengan ‘lakonan’ tersebut.

Kini, kami bebas bercerita mengenai semua benda dan ada situasi yang membuatkan kami bersembang mengenai topik sedemikian. Saya rasa keserasian semua adalah sangat bagus apabila situasi ini berlaku. Sekarang ini, saya berasa selesa bermain seperti ini, lebih-lebih lagi bagi mengusik Kim Jong-kook.

Walaupun seronok bermain, namun Song Ji-hyo menjelaskan sambil tertawa bahawa ‘hubungan cinta’ itu adalah tidak benar sama sekali.

Kami pun tak boleh bayangkan “Running Man” tanpa Song Ji-hyo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...