Seorang Kakitangan Drama ‘Gyeongseong Creature 2’ Meninggal Dunia
- oleh Fareen
- 3 tahuns lalu
Drama belum ditayangkan, ada berita sedih mengenai “Gyeongseong Creature”..
Terbaru menurut laporan eksklusif dari Star News, seorang kakitangan dari pasukan prop untuk drama “Gyeongseong Creature 2” telah meninggal dunia.
Bagaimanapun, punca sebenar kematian masih belum diketahui dan polis telah meminta bedah siasat dari Perkhidmatan Forensik Negara untuk menentukan punca kematian.
Tak lama kemudian, seorang wakil dari Netflix memberi respon mengenai laporan berkenaan,
Kami berasa kasihan terhadap si mati dan kami berharap dia dapat berehat dengan aman. Kami juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

Sementara itu, “Gyeongseong Creature” akan dibintangi pelakon Han So-hee, Park Seo-joon, Kim Hae-sook, Wi Ha-joon dan ramai. Musim pertama akan mula ditayangkan pada separuh keempat 2023 ini.
Salam takziah.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




