Ikuti Kami:

Selepas 2 Tahun, Park Seojoon Selesai Penggambaran Musim 1 & 2 ‘Gyeongseong Creature’

Selepas 2 Tahun, Park Seojoon Selesai Penggambaran Musim 1 & 2 ‘Gyeongseong Creature’

Setelah sekian lama, penggambaran musim pertama dan kedua “Gyeongseong Creature” akhirnya selesai.

Terbaru pada 17 September, Park Seo-joon telah mengumumkan di Instagram bahawa penggambaran dramanya “Gyeongseong Creature” telah pun berakhir selepas kira-kira 2 tahun.

Selain itu, pelakon tersebut turut mendedahkah surat tulisan tangan yang diberikan oleh pasukan produksi kepadanya. Surat itu berbunyi,

Dalam perjalanan panjang ‘Gyeongseong Creature’, masih sukar untuk mempercayai bahawa hari ini adalah hari penggambaran terakhir untuk Tae-sang (nama watak). Kami sudah lama bersama Tae-sang dan kerja ini dipenuhi dengan detik-detik istimewa yang membuatkan kami ketawa dan menitiskan air mata, jadi adakah kerana ia seperti tidak terasa ini adalah hari terakhir?

Sambung pasukan “Gyeongseong Creature” lagi,

Di atas segala-galanya, ‘Gyeongseong Creature’ dapat disiapkan kerana kerja yang begitu mengagumkan berkat usaha Tae-sang yang berdedikasi dan melihat sikap sedemikian, ia memberikan motivasi yang lebih besar kepada pasukan produksi untuk meneruskan kerja.

park seojoon gyeongseong creature

Akhir sekali, mereka meluahkan rasa syukur kepada Park Seo-joon,

Mengucapkan selamat tinggal adalah sangat sukar tetapi saya ingin mengatakan bahawa saya akan terus menyokong karya masa depan Park Seo-joon dan saya dapat penghormatan untuk bekerja dengannya selama ini. Saya sangat berterima kasih kerana bersama kami. Terima kasih sekali lagi.

Sementara itu, “Gyeongseong Creature” yang diterajui Park Seo-joon dan Han So-hee, ialah drama thriller makhluk mengenai dua anak muda yang mementingkan kelangsungan hidup, dan terpaksa berdepan dengan raksasa yang tamak pada musim bunga tahun 1945, di mana waktu itu adalah sekelam-kelamnya. Musim pertama bakal menemui penonton pada separuh keempat 2023 ini.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...