Ikuti Kami:

“Bukan Taknak Tapi..” – Park Seojoon Akui Enggan Berlakon Drama Romantik Kini Atas Sebab Ini

“Bukan Taknak Tapi..” – Park Seojoon Akui Enggan Berlakon Drama Romantik Kini Atas Sebab Ini

Sebagai seorang pelakon, Park Seo-joon semestinya ingin mencabar diri untuk cuba sesuatu yang berlainan.

Baru-baru ini, Park Seo-joon telah terlibat dengan satu temu bual khas, di mana pelakon itu ada mendedahkan bahawa dia ingin berhenti membintangi drama komedi romantik buat masa ini. Jelasnya,

Memandangkan saya telah berjumpa anda melalui begitu banyak rom-kom, saya rasa saya ingin mempamerkan karya dari genre yang berbeza kerana ingin membawa perubahan dalam genre lakonan saya. Saya tidak mahu terlepas keseronokan mengubah diri saya.

Sambung pelakon lelaki itu lagi,

Sejak saya menamatkan siri ‘What’s Wrong with Secretary Kim’, saya telah mengambil cabaran baru. Saya rasa saya tidak pernah memilih mana-mana projek rom-kom sejak itu dan saya mahu meneruskan cara itu pada masa hadapan.

park seojoon

Bagainamapun, Park Seo-joon menjelaskan,

Bukannya saya tidak akan melakukannya tetapi saya mempunyai keinginan yang kuat untuk melakukan perkara lain juga. Tetapi jika ada projek rom-kom yang bagus, saya mungkin melakukannya.

Fighting Park Seo-joon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...