Ikuti Kami:

Seol Inah Bakal Lancar Lagu Pada Julai Nanti

Seol Inah Bakal Lancar Lagu Pada Julai Nanti

Wah, Seol In-ah khabarnya bakal keluarkan lagu pula kali ini! Tak sabar!

Menurut sumber, Seol In-ah bakal melancarkan lagu yang bergandingan dengan MARHEN.J. Lagu ini bakal dihasilkan oleh Hwang Hyun, penerbit utama bagi Monotree yang sebelum ini pernah terlibat dalam pembikinan album untuk artis terkenal seperti SEVENTEEN, SHINee, LOONA dan ramai lagi.

Manakala, untuk muzik video ianya akan menjadi sebuah projek pengarahan Yoo Seong-kyun iaitu pengarah bagi Sunny Visual Production yang mana sebelum ini pernah mengarahkan muzik video bagi artis hebat seperti aespa, IU dan juga Oh My Girl. seol inahLagu baru Seol In-ah merupakan genre berentak ‘city pop’. Genre tersebut dipilih kerana ianya bersesuaian dengan suaranya yang jelas dan kemahiran nyanyiannya yang hebat.

Dalam pada itu, Seol In-ah bakal mempamerkan visualnya yang sensual dan elegan sesuai dengan suasana lagu justeru itu ianya berjaya meningkatkan harapan dan jangkaan yang tinggi.

Khabarnya lagu ini bakal dilancarkan pada 8 Julai ini! Tak sabarnya kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...