Ikuti Kami:

Kawan Rapat, Seol Inah Beri Sokongan Buat Kim Sejeong Di Set Drama ‘Today’s Webtoon’

Kawan Rapat, Seol Inah Beri Sokongan Buat Kim Sejeong Di Set Drama ‘Today’s Webtoon’

Pernah berlakon bersama dalam 2 naskhah berbeza, persahatan antara pelakon Seol In-ah dan Kim Se-jeong semakin rapat kini.

Terbaru pada 14 Jun, Kim Se-jeong telah memuat naik foto trak kopi yang dihantar rakan baiknya dari “School 2017” dan “A Business Proposal” Seol In-ah, ke set dramanya akan datang “Today’s Webtoon”.

Kim Se-jeong memuat naik gambar dirinya sedang berdiri dengan gembira di hadapan trak dan mengambil secawan kopi. Pelakon itu melahirkan rasa terkejut dan rasa terima kasihnya buat Seol In-ah, dengan kapsyen yang ditulis,

Sayang, apa ini? Terima kasih kepada awak, saya mendapat kekuatan, kekuatan, kekuatan! Saya sayang awak. Muka saya dalam gambar itu kelihatan hampir seperti Doenjang (nama anjing Se-jeong), haha.

seol inah kim sejeong

Kemudian, Seol In-ah turut meninggalkan komen di entri yang dimuat naik,

Saya benar-benar mahu menghantar mesej atau foto yang lucu, tetapi saya menahan diri berulang kali semasa saya menghantar trak. Oh, betul! Yang penting, saya sayang awak.

Dalam pada itu, “Today’s Webtoon” ialah adaptasi dari drama Jepun “Sleepeeer Hit!”, yang akan dibintangi oleh Kim Se-jeong, Nam Yoon-su, Choi Daniel dan ramai lagi. Ianya mengisahkan tentang seorang atlet judo wanita yang mengalami kesukaran untuk menjadi penyunting webtoon selepas memulakan kerja di sebuah jabatan suntingan webtoon, yang akan menggambarkan sifat kompetitif bidang di Korea Selatan.

‘Sweet’ betul diorang ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...