Bukan setakat cantik, Seo Ji-hye pun baik rupanya.
Baru-baru ini, media Korea melaporkan bahawa pelakon Seo Ji-hye telah menyelamatkan seorang wanita daripada seorang lelaki mabuk di dalam kereta api pada tahun 2010.
Ketika itu, dia baru sahaja selesai penggambaran untuk dramanya “Kim Soo Ro” dan sedang menaiki kereta api KTX kembali ke Seoul. Dia melihat seorang lelaki mabuk mengganggu seorang wanita di platform kereta api.
Seo Ji-hye dengan berhati-hati menghampiri mereka dan bertanya apa yang sedang berlaku. Wanita tersebut memberitahu bahawa dia dengan baik hati menjawab soalan lelaki itu tentang arah, tetapi lelaki itu terus mengikutinya dan cuba mengacau.
Kemudian, Seo Ji-hye membawa wanita itu lebih dekat ke sisinya dan naik ke kereta api bersama wanita tersebut untuk melindunginya. Lelaki itu mengikuti mereka berdua ke dalam kereta api dan meminta nombor telefon wanita itu.
Pada ketika itu, Seo Ji-hye tidak dapat lagi bertahan melihat lelaki tersebut yang terus mengganggu walaupun setelah diberi amaran lisan. Seo Ji-hye kemudian menangkap lelaki itu secara fizikal menggunakan kemahiran Hapkido. Dilaporkan bahawa dia menggunakan teknik balingan ‘mechigi’ pada lelaki itu untuk menangkapnya.
Seo Ji-hye memiliki tali pinggang hitam Hapkido tahap ke-4. Dia mengakui bahawa dia berasa takut pada masa itu, tetapi mengumpul keberanian untuk menyelamatkan wanita tersebut.
Hebat lah Seo Ji-hye!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.