Ikuti Kami:

“Kim Soyeon Okay Ke?” – Ramai Terkejut Lihat Babak ‘Panas’ Lee Sangwoo & Seo Jihye Dalam ‘Red Balloon’

“Kim Soyeon Okay Ke?” – Ramai Terkejut Lihat Babak ‘Panas’ Lee Sangwoo & Seo Jihye Dalam ‘Red Balloon’

Ramai ke yang sedang menonton drama “Red Balloon” kini?

Membawa tema kecurangan, para penonton terkesima melihat watak utama yang memulakan langkah sebagai pencurang meskipun biasanya mereka adalah orang yang ditipu biasanya.

Dalam episod kali ini, Go Cha-won (Lee Sang-woo) melangkaui batasnya apabila mencium rakan isterinya, Jo Eun-gang (Seo Ji-hye). Malah wanita itu sebenarnya mahu membalas dendam apabila mengetahui Han Ba-da (Hong Soo-hyun) menggunakannya bagi mendapatkan wang. Ini menguatkan lagi keinginan untuk melukai hati rakannya itu dengan meniduri suaminya.

red balloon

Kesudahan episod itu di mana Go Cha-won dan Jo Eun-gang berpeluk di atas katil yang sama nyata membuatkan penonton terkejut malah prubahan psikologi lelaki itu yang mempunyai konflik bersama isterinya dan dihantui rakannya terus membuatkan penonton kian mendalami drama itu.

Komen orang ramai,

Kalau drama ini di Netflix, saya akan marathon menontonnya.

 

Ekspresi pelakon membuatkan penonton lebih mendalami babak ini.

 

Isteri Lee Sang-woo, silap tutup mata awak.

Disebabkan plot yang kian menebal ini, “Red Balloon” berjaya mencapai rating menghampiri 8% dan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...