Ikuti Kami:

“Perempuan Simpanan Tidur Dengan Suami Isteri?” – Penonton Terkejut Lihat Plot ‘Red Balloon’

“Perempuan Simpanan Tidur Dengan Suami Isteri?” – Penonton Terkejut Lihat Plot ‘Red Balloon’

Perasan tak yang K-Drama semakin lama semakin berani memaparkan babak ‘mengundang’ kemarahan?

Antara drama yang menjadi ikutan penonton K-Drama kini ialah “Red Balloon”, lakonan Seo Ji-hye, Lee Sang-woo dan Hong Soo-hyun.

Menempa nama menerusi “Crash Landing On You”, Seo Ji-hye membawa kelainan apabila melakonkan watak Jo Eun-kang yang gagal ujian kelayakan guru lantas hanya mampur bekerja sebagai tutor. Walaupun tampil tenang, namun dia sebenarnya dipenuhi ketamakan dan sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai kemahuannya.

tv chosun red baloon

Dalam pada itu, Hong Soo-hyun melakonkan watak Han Ba-da iaitu seorang wanita kaya dan merupakan rakan baik Jo Eun-kang sejak sekola lagi. Dek kerana memiliki suami kaya, wanita itu sering melayan sahabt baiknya lebih kepada orang suruhan berbanding seorang rakan. Tidak disangka, suaminya dan Jo Eun-kang mula menjalin hubungan rahsia dan sentiasa menjaga satu sama lain walaupun dengan kehadiran Han Ba-da di situ.

Dalam episod terbaru, Jo Eun-kang berpura-pura mabuk di sebuah pertemuan lantas dibawa pulang oleh Han Ba-da dan suaminya ke rumah mereka. Semasa pasangan itu sudah tidur, wanita tersebut memasuki bilik mereka secara senyap dan baring di sebelah lelaki berkenaan sambil memeluknya. Lebih memeranjatkan apabila lelaki itu dilihat turut memegang tangan Jo Eun-kang yang memegang erat pinggulnya.

tv chosun red balloon

Disebabkan oleh babak yang tidak dijangka di mana perempuan simpanan tidur bersama di atas katil lelaki yang disukai bersama isterinya, penonton telah meninggalkan komen mengecewakan,

Makin berani K-Drama sekarang ini..

 

Saya tahu ia hanya mimpi tapi babak ini tetap pelik.

 

Kenapa masih ada K-Drama yang bertemakan kecurangan? Perlu ke kita menyokongnya?

 

Memang isterinya agak jahat tapi itu bukan alasan untuk rakannya belot..

 

Saya geram sangat tengok babak ini. Nasib baik mimpi sahaja..

Apa kata anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...