Selain berlakon, Seo In-guk juga telah melakukan kerja sambilan di sebuah kafe kini.
Sebelum ini, Seo In-guk telah menarik perhatian ramai apabila dia dilihat melakukan kerja sambilan di sebuah kafe di Ulsan, yang dikendalikan oleh adiknya.
Dalam foto yang dikongsi, pelakon itu memakai apron dan pelitup muka, sambil membuat kopi seperti seorang barista profesional dan juga mencuci pinggan.
Selain itu, dia juga telah mengambil swafoto dengan beberapa peminat yang datang melawat kafe itu, selepas mendengar mengenai berita tersebut.
Sebelum ini, Seo In-guk sendiri telah mengumumkan,
Saya akan menerima tempahan, membuat kek dan bekerja keras untuk mencuba kerja sambilan dengan semua usaha saya. Bukankah bagus untuk menyejukkan badan pada hari yang panas dengan secawan kopi dan berehat sebentar di tempat yang berhawa dingin?
Untuk pengetahuan, lelaki itu telah pergi melawat kafe tersebut semasa dia berada di situ untuk penggambaran drama dan menawarkan bantuan.
Sekadar info, Seo In-guk akan menemui penonton dalam drama “Death’s Game”, akan mula bersiaran pada Disember ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.