Ikuti Kami:

Seo Inguk Akan Buat Penampilan Istimewa Dalam ‘Soundtrack #1’

Seo Inguk Akan Buat Penampilan Istimewa Dalam ‘Soundtrack #1’

Rindu kan nak tengok Seo In-guk berlakon?

Pada 26 Mac, telah dilaporkan bahawa Seo In-guk akan membuat penampilan istimewa dalam siri asal baharu Disney+ “Soundtrack #1”. Seo In-guk yang sebelum ini mengumumkan penampilannya melalui kredit drama, dijangka akan mempunyai peranan sebagai penyanyi yang bekerjasama rapat dengan watak Han So-hee.

Selain itu, Seo In-guk akan membawa watak sebagai penyanyi Jay-jun dalam drama itu, dan dia merancang untuk menambah keseronokan kepada penonton dengan penampilannya sebagai penyanyi setelah sekian lama bergelar pelakon.

seo inguk soundtrack #1

Untuk pengetahuan, “Soundtrack #1” adalah drama mengenai seorang lelaki dan wanita yang telah berkawan selama 20 tahun. Apabila dua sahabat lama ini akhirnya tinggal bersama selama dua minggu, mereka secara beransur-ansur mula menyedari perasaan mereka antara satu sama lain.

Jangan lupa tonton Seo In-guk dalam “Soundtrack #1” di Disney+!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...