Ikuti Kami:

Kisah Cinta Antara Sahabat, Episod Pertama ‘Soundtrack #1’ Dipuji Buai Perasaan Penonton

Kisah Cinta Antara Sahabat, Episod Pertama ‘Soundtrack #1’ Dipuji Buai Perasaan Penonton

Dinantikan ramai, nampaknya episod pertama “Soundtrack #1” berjaya membuatkan hati penonton berbunga-bunga.

Sinopsis

Drama 4 Episod ini membawa kisah seorang lelaki dan wanita yang telah berkawan selama 20 tahun. Apabila dua sahabat lama ini akhirnya tinggal bersama selama dua minggu, mereka secara beransur-ansur mula menyedari perasaan mereka antara satu sama lain.

Garisan sahabat dan cinta

[Amaran SPOILER]

Kisha bermula apabila Han Sun-woo (Park Hyung-sik) yang merupakan seorang jurugambar di Amerika Syarikat kembali ke Korea selama 2 minggu untuk persiapan sebuah pameran foto. Dalam masa yang sama, sahabat baiknya iaitu Lee Eun-soo (Han So-hee) buntu apabila penulisan liriknya mengenai cinta bertepuk sebelah tangan menemui jalan mati meskipun hanya mempunyai masa 2 minggu sebelum dilengkapkan.

disney+ soundtrack #1

Seperti takdir yang tak mampu dielakkan, kedua mereka kembali bertemu satu sama lain bagi meluahkan masalah masing-masing. Semasa pertemuan itu, Lee Eun-soo mendapat tahu bahawa Han Sun-woo sudah sekian lama menyimpan perasaan terhadap seorang gadis namun tidak mengetahui bahwa gerangan yang mencuri hati lelaki itu ialah dirinya sendiri.

Sepadan dengan kisah yang mahu dipenakan ke dalam liriknya, Lee Eun-soo mengajak jurugambar itu untuk tinggal dengannya selama 2 minggu itu bagi mendapatkan inspirasi dan idea.

Lelaki itu yang nekad mahu meluahkan perasaannya bersetuju untuk tinggal bersama Lee Eun-soo lantas bermula kisah antara garisan sahabat dan cinta di antara mereka berdua. Adakah perasaan itu akan berbalas atau hubungan mereka hanya akan berdiri di tempat yang sama? Sama-sama kita nantikan episod akan datang “Soundtrack #1”.

disney+ soundtrack #1

Respon positif

Selepas menonton episod pertama, rata-rata penonton menyifatkan bahawa siri Disney+ ini berjaya mengabadikan kerisauan dan persoalan yang timbul antara sahabat baik yang takut untuk melangkah ke fasa serius.

Sekiranya mereka bercinta dengan baik maka tiada sebarang masalah. Namun apa yang berlaku sekiranya kedua mereka tiba-tiba tidak mempunyai perasaan romantik lagi pada suatu hari nanti? Sudah pasti hubungan persahabatan yang dibina akan terlerai lantas Lee Eun-soo dan Han Sun-woo lebih selesa menjalinkan hubungan sebagai rakan sahaja.

Pastinya akan membuatkan perasaan anda terbuai, jangan terlepas menonton “Soundtrack #1” pada setiap hari Rabu di Disney+ Hotstar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...