Sentiasa Memberi, Shin Minah Sudah Menderma Hampir RM12 Juta Tahun Ini
- oleh Athirah Azmi
- 3 tahuns lalu
Bila je Shin Min-ah ni tak baik hati?
Artikel Berkaitan
Terbaru, seorang wakil daripada agensi Shin Min-ah iaitu AM Entertainment berkongsi bahawa,
Di penghujung tahun ini, Shin Min-ah sudah mendermakan sebanyak 260 milion won (RM907,433) kepada pelbagai institusi termasuklah Komuniti Pemeriksaan Dada Korea dan Pusat Perubatan Asan.
Pada awal tahun ini sahaja, Shin Min-ah telah menderma sebanyak 100 milion won (RM349,013) kepada Persatuan Jabatan Harapan bagi Bantuan Bencana Kebangsaan untuk bantuan kecemasan dan barangan khusus yang diperlukan oleh mangsa kebakaran hutan.
Shin Min-ah sebenarnya banyak menderma sejak dari 2009 dan dia juga malah sering menyertai operasi bantuan sendiri. Sepanjang kariernya, Shin Min-ah dijangka sudah memberi bantuan sebanyak 3.3 bilion won (RM11,517,428.05) untuk golongan yang memerlukan.
Tak pernah berkira nak tolong orang… semoga kebaikkan Shin Min-ah dibalas dengan kebaikkan juga..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




