Ikuti Kami:

8 Tahun Bercinta, Foto Kim Woobin & Shin Minah Bercuti Di Paris Tular

8 Tahun Bercinta, Foto Kim Woobin & Shin Minah Bercuti Di Paris Tular

Antara pasangan selebriti Korea yang disayangi ramai, sudah semestinya Kim Woo-bin dan Shin Min-ah kan?

Terbaru, beberapa foto pasangan itu yang sedang menikmati percutian di Paris, Perancis tular di serata media sosial pada hari ini.

Khabarnya, kesemua gambar itu dimuat naik oleh seorang peminat China di laman Weibo yang menjadi saksi temu janji mereka itu.

kim woobin shin minah

Dengan berpakaian kasual, pasangan merpati sejoli itu dilihat santai berbual di hadapan sebuah kafe di bandar itu tanpa menghiraukan orang lain.

Untuk pengetahuan, Shin Min-ah dan Kim Woo-bin sudah 8 tahun bercinta di mana mereka pertama kali bertemu di set penggambaran untuk jenama Giordano sebelum mendedahkan hubungan itu buat umum pada Julai 2015.

kim woobin shin minah

Comel!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...