Jarang nampak di hadapan kamera, namun ramai mengetahui bahawa Song Ji-hyo dan Jeon So-min sangat rapat di dalam “Running Man”.

Bahkan mesej menyentuh hati yang ditinggalkan Jeon So-min buat kakaknya dalam episod terbaru telah menjadi bualan ramai.
Ketika sesi hukuman di penghujung episod, kumpulan Be’O yang dianggotai Song Ji-hyo dan Yoo Jae-suk perlu didenda dengan disiram air oleh kumpulan diketuai Jukjae. Manakala kumpulan Jeon So-min, Haha dan Yang Se-chan perlu menulis surat buat ahli lain.
번역을 필요하신분들은 여기
For those who need translation of Somin letter writing to Jihyo pic.twitter.com/OKsdzSUgEd— 로라와샐리 (@mongdol_rm) December 18, 2022
Ucap Jeon So-min,
Ji-hyo unni, kakak Ji-hyo yang cantik dan menyejukkan hati. Saya tak boleh menjauhkan pandangan dari awak kerana sikap bertimbang rasa dan kematangan awak. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya, sayang awak. Mari jalani 2023 yang hebat.
Melihatkan luahan hati itu, rata-rata peminat mengakui bahawa kedua mereka mempunyai hubungan yang rapat cuma tidak ditonjolkan sangat di hadapan umum.
Mongdol selamanya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.