Utama Gossip (FOTO) “Memang Dia Pelakon” – Kecantikan Song Jihyo Di ‘2022 SBS Entertainment...

(FOTO) “Memang Dia Pelakon” – Kecantikan Song Jihyo Di ‘2022 SBS Entertainment Awards’ Jadi Bualan

song jihyo

Song Ji-hyo tidak dinafikan merupakan antara pelakon wanita yang menjadi kesukaan ramai kerana visual menawan.

Malah sejak wanita itu membuat keputusan drastik untuk mengubah gaya rambutnya beberapa bulan baru, rata-ratanya terpersona dengan imej ‘shortcut’ yang dibawanya. Jarang tau ada yang boleh gayakan rambut seperti ini!

Sudah sedikit panjang sedikit rambutnya, Song Ji-hyo tampil menawan di ‘2022 SBS Entertainment Awards’ baru-baru ini. Hadir dengan dress labuh dipenuhi sekuin selain mengenakan solekan tebal bersama beberapa piercing ditelinga, penampilannya itu persis menghadiri karpet merah majlis anugerah untuk filem.

song jihyo

Lagi mengasyikkan apabila pelakon tersebut menyarungkan kasut tumit tinggi yang tebal hingga membuatkan dia berdiri tinggi bersama ahli lelaki “Running Man” yang lain.

Komen penonton,

Cantiknya dia!

 

Song Ji-hyo memang cantik.

 

Kalau dah pelakon..

Oleh sebab itu, ramai yang ternanti-nanti drama comeback Song Ji-hyo selepas “The Witch’s Diner” tamat pada tahun lalu selepas melihat imej lnya seperti pelakon ini.

Rambut Song Ji-hyo dah makin panjang sikit kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERThe Qoo
Loading...