Rasanya masih lagi ada yang berbual mengenai ‘2022 SBS Entertainment Awards’ yang berlangsung kelmarin.
Tidak seperti yang dijangkakan ramai, Ji Suk-jin terpaksa memberi laluan buat Yoo Jae-suk bagi merebut Anugerah Utama ataupun Daesang pada tahun ini.
Meskipun disebut-sebut semua selain diberikan harapan oleh saluran SBS, namun ternyata belum sampai lagi masa buat ahli tertua “Running Man” itu untuk memegang ‘title’ yang besar itu. Lebih menghampakan apabila Ji Suk-jin langsung tidak membawa pulang apa-apa anugerah lain pada malam itu walaupun menunjukkan prestasi yang baik sepanjang 2022.
Tidak menonjolkan rasa kecewa namun Song Ji-hyo dilihat mengusap belakang Ji Suk-jin selain memeluknya dari belakang bagi meredakan perasaan yang mungkin berbolak-balik di dalam hati lelaki itu.
Jihyo comfort and hugged Sukjin😭
MULTITAINER GODDESS SONGJIHYO SHINES#SongJiHyo_2022SBSEntAwards#송지효_2022SBS연예대상#SongJiHyo #송지효 pic.twitter.com/ZTFSeNJ6CI
— songtoma~멍지들이🐾 (@yeppojihyo) December 17, 2022
Tindakan baik wanita itu menyentuh hati ramai memandangkan ramai peminat “Running Man” yang turut menyimpan harapan supaya Ji Suk-jin memenangi anugerah itu.
Baiknya Song Ji-hyo..
Semua tahu kenapa ramai yang sedih malam ini.
Awak dah buat yang terbaik Suk-jin.
Ahli terbaik, Song Ji-hyo!
Song Ji-hyo pasti terkesan juga..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.