Ikuti Kami:

“Kenapa Bagi Harapan Palsu” – Tak Menang Anugerah Utama, Netizen Kritik SBS Gunakan Ji Sukjin

“Kenapa Bagi Harapan Palsu” – Tak Menang Anugerah Utama, Netizen Kritik SBS Gunakan Ji Sukjin

Semalam telah berlangsung ‘2022 SBS Entertainment Awards’ bagi meraikan individu hebat yang berjaya memparkan potensi hebat dalam pelbagai program hiburan di saluran itu pada tahun ini.

Walaupun tidak dijangka, Yoo Jae-suk telah dinobat sebagai pemenang Anugerah Utama atau ‘daesang’ iaitu anugerah paling penting pada malam itu. Sudah pasti, kemenangan lelaki itu tidak patut disangkal namun ramai yang meluahkan rasa kesal mengenai proses sebelum pemenang dinamakan.

ji sukjin yoo jaesuk

Sepanjang acara itu, rata-rata tetamu serta suasana yang dibentuk sepertinya memberikan ‘hint’ bahawa Ji Suk-jin atau Tak Jae-hoon yang bakal merebut Anugerah Utama itu.

Malah Ji Suk-jin sempat berkata,

Saya hadir tanpa harapan tapi melihatkan semua ini, saya merasakan mungkin ada peluang untuk memenanginya.

Memang ini ialah program hiburan, dan sepatutnya digunakan sebagai platform berseloroh dan lelaki itu juga menyertainya dengan baik. Tetapi, nampaknya SBS menggunakan kunci itu untuk ‘menggunakan’ Ji Suk-jin selain menguatkan lagi elemen ‘usikan Ji Suk-jin’ sekaligus membuatkan penonton sebal.

yoo jaesuk daesang

Keadaan semakin kekok apabila Yoo Jae-suk kelihatan sangat bersalah terhadap Ji Suk-jin apabila namanya diumumkan sebaga pemenang,

Saya ingin meminta maaf pada Ji Suk-jin.

Bahkan ramai yang mempersoalkan mengapa Anugerah Utama tidak diberikan pada “Running Man” sebagai satu kumpulan seperti yang dilakukan pada tahun lepas buat “My Little Old Boy”. Ini kerana “Running Man” sudah 13 tahun bersiaran dan masih lagi kekal No 1 di pelbagai platform atas talian sperti waave selain kekal terkenal di pentas antarabangsa.

Ramai yang turut mengecam SBS kerana memberikan harapan palsu buat Ji Suk-jin selama dua tahun berturut-turut di mana dia hanya diberikan ‘Anugerah Staf Cemerlang’ pada tahun lalu. Kata netizen, “Kenapa buat Ji Suk-jin macam ni?”

ji sukjin

Komen yang lain,

Kim Jong-kook pun boleh menang Daesang, kenapa Ji Suk-jin tak boleh? Sebagai abang, ingat senang ke menunjukkan arah buat-buat adik-adik selama 12 tahun ‘Running Man’ bersiaran.

 

Tengok dari muka sahaja, dah tahu yang Yoo Jae-suk tak sangka langsung.

 

Dah kena maki tahun lepas pun, SBS masih berperangai seperti ini. Ji Suk-jin tak layak ke?? Apa pun, tahniah Yoo Jae-suk~

 

Lebih baik sekiranya ‘Running Man’ sebagai kumpulan penuh yang dapat, semoga Ji Suk-jin menang Daesang tahun hadapan.

 

Yoo Jae-suk pun mahukan Ji Suk-jin menang..

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...