Setelah lama menanti, akhirnya ‘2022 SBS Entertainment Awards’ telah berlangsung di Prism Tower, Mapo, Seoul kelmarin.
Walaupun menampilkan pelbagai kataegori, sudah semestinya para penonton paling ternanti-nanti siapa yang bakal merebut Anugerah Utama ataupun ‘daesang’ untuk tahun ini.
Tidak seperti dijangka, Yoo Jae-suk kelihatan terkejut apabila namanya diumumkan sebagai penerima anugerah itu. Malah dia benar-benar kelihatan bersalah dan memohon pada Ji Suk-jin kerana rata-ratanya menjangkakan bahawa ahli tertua itu yang akan membawa pulang anugerah berkenaan.
Ucap lelaki itu,
Saya minta maaf pada Ji Suk-jin, Tak Jae-hoon dan lain-lain. Hari ini saya meraih anugerah ini, tapi sebenarnya saya mahu berikan pada Ji Suk-jin sebagai penghargaan dari ‘Running Man’. Saya minta maaf hyung. Saya sangat sayang dan menghargainya.
Dalam pada itu, “Running Man” turut menerima dua anugerah lain iaitu “Pasangan Terbaik” buat Kim Jong-kook dan Yoo Jae-suk serta ‘Program Hiburan Terbaik’.
Tahniah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.