Siap sedia semua untuk saksikan gandingan Soo-young SNSD bersama Yoon Park!
Terbaru pada 13 Oktober, MBC telah mengeluarkan foto sesi pembacaan skrip drama “Send A Fan Letter” yang bakal diterajui pelakon seperti Soo-young SNSD, Yoon Park, Shin Yeon-woo, Jung Jae-seong, Jung In-ji, Kang Da-hyun, Choi Ha-yun dan ramai lagi.
Untuk pengetahuan, “Send A Fan Letter” ialah drama romantik komedi mengenai seorang selebriti Han Kang-hee (Soo-young), yang menghadapi satu krisis dan hadirnya seorang lelaki, Bang Jeong-seok (Yoon Park), yang ingin menjaga hati anaknya dengan memalsukan serta menghantar surat kepada selebriti itu tanpa pengetahuan anaknya yang menghidapi kanser.
https://twitter.com/mbcdrama_pre/status/1580367511161253889?s=20&t=GfQONGOYVroYEDQbCwYwtw
Khususnya, ini adalah kali pertama Soo-young dan Yoon Park bekerjasama, menambah keterujaan penonton untuk melihat keserasian mereka dalam naskhah ini.
Selain itu, pihak produksi turut berkongsi mengenai drama ini dengan mengatakan,
Saya fikir ia akan menjadi drama yang boleh membawa keseronokan dan penyembuhan kepada ramai penonton pada masa yang sama. Kami meminta banyak jangkaan dan minat pada siaran pertama.
Jangan lupa nantikan “Send A Fan Letter” bakal menemui penonton pada 26 November ini!