Mampu Cipta Keserasian, Sooyoung SNSD Terajui ‘Send A Fan Letter’ Bersama Yoon Park
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Soo-young Girls’ Generation bakal bergandingan bersama Yoon Park dalam satu drama terbaru!
Drama terbaru terbitan MBC, “Send A Fan Letter” bakal menemui peminat pada November ini dan bakal diterajui oleh Choi Soo-young dan Yoon Park.
Drama ini mengisahkan drama romantik komedi mengenai seorang selebriti, Han Kang-hee lakonan Choi Soo-young, yang menghadapi satu krisis dan hadirnya seorang lelaki, Bang Jeong-seok lakonan Yoon Park, yang ingin menjaga hati anaknya dengan memalsukan serta menghantar surat kepada selebriti itu tanpa pengetahuan anaknya yang menghidapi kanser.
Pihak produksi juga amat menantikan reaksi daripada peminat dek kerana keserasian dan sinergi mereka dilihat sebagai satu tarikan terbaru.
Nantikan gandingan mereka berdua okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




