Korang mesti dah tahu mengenai kisah percintaan Soo-young dengan Jung Kyung-ho kan? 10 tahun dah mereka bersama kan…
Baru-baru ini, kisah percintaan mereka dipaparkan menerusi satu rancangan hiburan siaran MBC, iaitu “Omniscient Interfering View”. Pada awal siaran episod kali itu, Soo-young mula menunjukkan bahagian dalaman rumahnya buat pertama kali. Pengurus Soo-young berkata,
Soo-young kelihatan sangat ceria dan bertenaga kalau dia tampil dalam siaran televisyen, namun dalam realiti kehidupan, dia sebenarnya sangat malas, santai dan sangat berbeza daripada kebiasaannya. Dia akan memilih untuk baring sahaja di lantai, daripada bangun di awal pagi.
Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan Soo-young, mesti korang tahu yang dia ada 2 ekor anjing peliharaan kan? Diberi nama panggilan Hoyoung dan Aebong, kedua-dua anjing peliharaannya turut tampil dalam episod tersebut. Sebelum ini, Hoyoung dan Aebong juga pernah tampil dalam satu saluran Youtube yang memaparkan rutin kehidupan seharian Jung Kyung-ho, teman lelaki Soo-young. Melihat kepada nama kedua-dua anjing peliharaan Soo-young, mesti korang ada terfikir kan, mana datangnya nama panggilan mereka?
Hoyoung merupakan gabungan nama Kyung-ho dan Soo-young, manakala, Aebong merupakan nama yang direka untuk menyamai kereta Kyung-ho yang berwarna putih dan turut diberi nama Bongsik.
Ala, comelnya gabung nama gitu…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.