Ikuti Kami:

Senang Dapat Duit, Ini Kepercayaan Orang Korea Tentang Hal Jual Beli Mimpi

Senang Dapat Duit, Ini Kepercayaan Orang Korea Tentang Hal Jual Beli Mimpi

Di Korea, korang boleh dapat duit dengan hanya bermodalkan mimpi.

Jom baca perkongsian KimchiDaily kali ini ialah berkaitan dengan kepercayaan jual mimpi di Korea.

Budaya 

Dalam amalan orang Korea, membeli dan menjual mimpi adalah kepercayaan bersama yang biasanya berlaku antara rakan atau keluarga hanya dalam perbualan santai. Jika seseorang menganggap mimpi itu mempunyai makna yang bermanfaat, mereka mungkin meminta orang yang bermimpi untuk menjualnya.

jual beli mimpi di korea

Sebagai contoh, jika mimpi seseorang itu melibatkan seekor khinzir, secara tradisinya merujuk kepada kekayaan dan ianya boleh dijual kepada orang lain yang ingin membeli.  Orang Korea membeli dan menjual impian untuk keseronokan. Dalam pada itu, mimpi di Korea boleh ditafsirkan untuk melambangkan nasib baik atau buruk malah boleh meramalkan masa depan bayi dalam kandungan.

Ini antara maksud mimpi yang dipercayai oleh orang Korea:

Mimpi duit

jual beli mimpi di korea

Di Korea, mimpi tentang wang boleh mempunyai dua tafsiran. Tafsiran pertama ialah seseorang itu bakal mendapat banyak wang, tetapi untuk mendapatkan itu mereka perlu berusaha lebih. Manakala, tafsiran kedua pula mengatakan bahawa orang yang bermimpi mungkin menikmati kekayaan kewangan secara tiba-tiba.

Namun ada juga yang berfikiran negatif dan merasakan mimpi ini adalah satu risiko besar. Mereka ini akan mentafsirkan mimpi wang sebagai tanda untuk mula menyimpan banyak duit kerana takut jatuh miskin pada suatu hari.

Mimpi khinzir

jual beli mimpi di korea

Ada kepercayaan di Korea bahawa jika seekor khinzir muncul dalam mimpi seseorang, ini bermakna mereka akan mempunyai peluang untuk kekayaan yang melimpah-ruah. Jika mimpi itu melibatkan sekumpulan besar khinzir memasuki rumah, orang itu akan mendapat sesuatu di luar jangkaan.

Selain itu, ia adalah satu bonus jika seseorang itu bermimpi khinzir berwarna hitam dan putih kerana ia dianggap sangat bertuah. Tetapi jika khinzir melarikan diri atau mimpi itu melibatkan urusan menjual khinzir, ia dilihat sebagai petanda buruk. Seseorang itu mungkin akan kehilangan sejumlah wang dalam masa terdekat.

Mimpi rumah terbakar

jual beli mimpi di korea

Seterusnya ialah mimpi rumah terbakar. Mimpi ini bunyinya seperti petanda buruk untuk seseorang tetapi ia adalah suatu perkara bagus. Mimpi ini sering ditafsirkan sebagai suatu kejayaan akan menghampiri pemilik mimpi itu.

Kepercayaan ini adalah seperti, cita-cita mereka akan tercapai dengan mudah serta perniagaan akan sentiasa berjaya. Tambahan, mimpi itu mestilah melibatkan rumah yang terbakar dan kebakaran lain tidak benar-benar menandakan sesuatu.

Mimpi terbang

jual beli mimpi di korea

Kalau bermimpi sedang terbang ini bermakna status dan reputasi seseorang itu semakin meningkat. Hal ini dikatakan demikian kerana ia mungkin mencerminkan keinginan untuk bebas dalam kehidupan. Mimpi terbang juga boleh menandakan keupayaan orang itu untuk mengatasi cabaran serta situasi yang sukar.

Ikut kepercayan masing-masing.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...