Setelah lama tidak keluarkan lagu baru, pasti ramai yang sedang menantikan kemunculan semula G-Dragon kan?
BACA: Khas Buat 88 Orang Sahaja, Kasut Kolaborasi ‘G-Dragon X Nike’ Dijual Semula Pada Harga RM136K
Terbaru, G-Dragon telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual khas untuk majalah Harper’s Bazaar edisi April.
Khususnya ketika sesi temu bual, ahli BIGBANG itu berkongsi persiapannya untuk keluaran pelbagai aktiviti tak lama lagi,
Saya ingin memberitahu peminat bahawa saya sedang mengusahakan projek yang saya teruja dalam pelbagai cara.
View this post on Instagram
Jelas penyanyi “Crooked” itu lagi,
Saya tidak dapat mendedahkan berapa banyak proses yang telah dilakukan..tetapi terdapat beberapa projek yang sedang saya usahakan dalam satu masa. Semuanya sedang diusahakan selangkah demi selangkah.
Nantikan temu bual lanjut G-Dragon bersama Harper’s Bazaar akan dikeluarkan nanti.
Yay, G-Dragon akan kembali tak lama lagi!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉