Peminat pasti tahu bahawa jenama G-Dragon BIGBANG iaitu PEACEMINUSONE sudah beberapa kali berkolaborasi dengan ‘Nike’ untuk kasut edisi terhad.
Selain ‘Nike Kwondo1’, G-Dragon juga pernah menghasilkan kasut ‘PEACEMINUSONE X Nike Air Force 1 Low Para-Noise F&F’ pada 2019, yang dikeluarkan dalam kuantiti 88 pasang dan diberikan hanya buat rakan rapatnya sahaja. Oleh itu, kasut tersebut memang amat jarang untuk dijumpai di pasaran jualan semula.
Bagaimanapun baru-baru ini, kasut yang diberi nama ‘F&F’ (Family & Friends) itu, telah dijual di tapak perdagangan kasut pada harga 39,999,000 won (RM136,487).
Memandangkan ahli BIGBANG itu hanya memberikan kasut tersebut buat kenalan rapatnya sahaja, ramai yang berpendapat bahawa ianya kurang sopan untuk menjualnya semula tambahan, dengan harga yang sangat tinggi.
Antara komen yang ditulis netizen:
Mereka melepaskan persahabatan dengan harga 40 juta won..
Adakah orang itu sangat memerlukan wang?
Kasut itu sangat terhad..mereka mengalami kerugian sebanyak 40 juta won.
Siapa la yang jual tu..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉