Ikuti Kami:

“Saya Kerja Keras..” – G-Dragon Kongsi Sedang Dalam Persiapan Untuk Lancar Album Baru

“Saya Kerja Keras..” – G-Dragon Kongsi Sedang Dalam Persiapan Untuk Lancar Album Baru

Baru-baru ini, G-Dragon telah menemui peminat menerusi video baru berjudul “G-DRAGON – GUERRILLA DESK : G_Division”.

Pada awal video, G-Dragon menyapa peminat dengan berkata,

Sudah lama saya tidak bertanya khabar. Saya tidak dapat berkomunikasi sebanyak itu dengan peminat pada tahun 2022. Saya ingin memberitahu anda semua perkara yang saya lakukan dan rancangan saya untuk tahun depan. Saya fikir anda mungkin ingin tahu tentang perkara seperti itu, jadi saya memutuskan untuk merakam klip ini.

Kemudian, ahli BIGBANG itu turut mendedahkan rancangannya untuk tahun 2023 dengan berkongsi bahawa dia sedang bekerja keras untuk album solonya,

Saya mahu mengambil peluang ini dan memberitahu anda semua bahawa saya akan bekerja keras pada tahun 2023. Saya merancang untuk bertemu dengan anda melalui pelbagai aktiviti. Saya juga sedang menyediakan album. Saya akan pastikan untuk membawa berita baik kepada anda semua pada tahun baharu.

Dalam pada itu, G-Dragon adalah satu-satunya ahli BIGBANG yang masih bernaung di bawah agensi YG Entertainment kini.

Sama-sama kita nantikan kemunculan semula G-Dragon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...