Ikuti Kami:

“Semua Untuk Allah” – Diminta Untuk Berhenti Tunggang Agama, Daud Kim Umum Tak Jadi Bina Masjid

“Semua Untuk Allah” – Diminta Untuk Berhenti Tunggang Agama, Daud Kim Umum Tak Jadi Bina Masjid

Selepas pelbagai pemeriksaan dibuat, impian Daud Kim untuk membina masjid di Korea nampaknya tidak tercapai.

Sebelum ini, kecoh mengenai Daud Kim yang katanya telah membeli tanah di Korea bagi membina sebuah masjid dan turut meminta sumbangan dari orang ramai.

Bagaimanapun, ramai yang curiga dengan tindakan lelaki tersebut kerana wang yang disumbang itu dilihat akan disalurkan ke akaun peribadinya tambahan pula, dia beberapa kali pernah terpalit dengan kontroversi.

Selain ramai pempengaruh yang memberi amaran, pejabat daerah sendiri telah menjelaskan bahawa Daud Kim hanya menandatangani kontrak pembelian tanah namun, belum memiliki pemilikan penuh. Malahan, mereka turut menyatakan bahawa agak sulit untuk membangunkan masjid di lokasi itu.

daud kim

Setelah pelbagai pendedahan dibuat, Daud Kim atau nama sebenarnya Kim Jae-han memberitahu bahawa pemilik tanah telah membatalkan kontrak penjualan tanah kepadanya tetapi dia tetap ingin meneruskan niatnya untuk membina masjid. Katanya,

Selepas pempengaruh Muslimah Korea membuat isu  tentang pembinaan Masjid Incheon di khalayak ramai, terdapat banyak tentangan dan ancaman.Aakhirnya pemilik tanah Incheon meminta untuk membatalkan kontrak tersebut. Astaghfirullah..Jadi, ianya dibatalkan.

Tetapi saya telah menemui cara baharu dan saya akan tunjukkan perkara ini kepada anda sebaik sahaja saya kembali ke Korea esok. Sila tunggu sebentar. Saya tidak pernah menyerah. Semuanya untuk Allah.

Hmm, apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...