Selepas mengumumkan ingin membina masjid, nama Daud Kim sedang hangat menjadi bualan dia media sosial kini.
Baru-baru ini, Daud Kim telah berkongsi niat baiknya untuk membina masjid di Korea dan turut meminta sumbangan dari orang ramai.
Bagaimanapun, ramai yang memberi amaran untuk netizen agar berjaga-jaga memandangkan lelaki itu pernah terpalit dengan banyak kontroversi sebelum ini.
I met Daud Kim at a Free Palestine event in Seoul. I walked up to him, introduced myself, and talked to him for about 5 minutes.
He came, took two pictures and one video of himself, pretended to participate for the video, and left.
Please be cautious of him. https://t.co/846W4nOPTM
— Austin Bashore (美녹색당 오스틴 배쇼어) 🔰🎗️ (@BashoreForOhio) April 17, 2024
Terbaru di laman X, seorang individu telah tampil bersuara dengan mendedahkan pengalamannya bertemu dengan Daud Kim di sebuah acara ‘Free Palestine’ di Seoul. Tulisnya,
Saya bertemu Daud Kim di acara Free Palestine di Seoul. Saya berjalan ke arahnya, memperkenalkan diri saya dan bercakap dengannya selama kira-kira 5 minit.
Dia datang, mengambil dua gambar dan satu video dirinya, berpura-pura mengambil bahagian untuk video itu dan terus balik.
Tolong berhati-hati dengan dia.
Dengan ini, ia semakin mengukuhkan lagi dakwaan bahawa bekas penyanyi itu hanya ‘menunggang’ agama Islam, bagi meraih populariti.
Jaga-jaga tau korang.