Ikuti Kami:

“Kalau Ikut Undang-Undang..” – Daud Kim Minta Derma Untuk Bina Masjid Di Korea, Ayana Jihye Harap Netizen Hati-Hati

“Kalau Ikut Undang-Undang..” – Daud Kim Minta Derma Untuk Bina Masjid Di Korea, Ayana Jihye Harap Netizen Hati-Hati

Kalau korang memang follow perkembangan dalam dunia hiburan Korea, nama Daud Kim pastinya tidak asing lagi.

Untuk pengetahuan, Daud Kim merupakan seorang penyanyi Korea yang memeluk Islam tak lama dulu dan popular sebagai YouTuber yang berkongsi kisah mengenai penghijrahan dan kehidupan hariannya.

Bagaimanapun, ramai yang mula hilang hormat padanya selepas dia didakwa mendera isterinya dan pernah dituduh cuba merogol seorang wanita ketika mabuk pada suatu masa dahulu.

Terbaru menerusi laman TikTok, Daud Kim atau nama sebenarnya Kim Jae-han berkongsi bahawa dia telah membeli sebuah kawasan tanah lot untuk membina masjid di Korea. Tulisnya,

Impian saya akan menjadi kenyataan. Tolong bantu saya untuk membina masjid.
Dalam hantarannya itu, lelaki tersebut meminta derma dari orang ramai untuk membantunya membina masjid tersebut. Namun disebabkan kesnya sebelum ini, ramai yang curiga untuk memberikan derma tambahan pula wang itu dilihat akan disalurkan ke akaun peribadinya.

Selain itu, Ayana Jihye Moon, seorang hijabi Muslim Korea terkenal turut meminta agar netizen lebih berjaga-jaga sebelum memberi derma dan menjelaskan bahawa berdasarkan undang-undang di Korea, mana-mana individu tidak boleh membuka pembiayaan di bawah akaun persendirian jika jumlahnya melebihi RM40 ribu, meskipun untuk tujuan keagamaan. Katanya,

Saya tidak mendesak anda untuk membuat laporan tetapi untuk memantau dan bertanya.
Hati-hati guys..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...