Ikuti Kami:

“Boleh Ganti Jadi Ahli Ni” – Haha Pun Setuju! Lelaki Dari Malaysia Ini Tular Dek Wajah & Tarian Mirip Lee Kwangsoo

“Boleh Ganti Jadi Ahli Ni” – Haha Pun Setuju! Lelaki Dari Malaysia Ini Tular Dek Wajah & Tarian Mirip Lee Kwangsoo

Betul lah orang cakap, dalam dunia ni, ada 7 orang yang wajahnya mirip dengan kita.

Baru-baru ini, seorang lelaki dari Malaysia telah tular di TikTok kerana wajahnya yang seiras dengan bekas ahli “Running Man” iaitu Lee Kwang-soo.

Bukan sahaja kerana wajah mereka yang seiras malahan, tarian yang dilakukan oleh lelaki dengan nama akaun ‘bomchann’ itu juga serupa seperti mana yang dilakukan Lee Kwang-soo dalam program hiburan popular itu dahulu.

Malahan, rakan ahli iaitu Haha nampaknya turut bersetuju dan dilihat menekan butang ‘suka’ pada salah satu video yang dimuat naik.

Komen netizen terhibur,

  • Kwang-soo tapi dalam saiz Haha!
  • Saya memang minat Lee Kwang-soo, kalau dapat jumpa yang ni pun jadilah.
  • Nanti kalau Jae-suk datang Malaysia, kena jerit kat dia ‘Jae-suk hyung!’
  • Mesti Haha tunjuk kat geng ‘Running Man’ dia nanti 😂
  • Boleh la ni tolong ganti Kwang-soo kat ‘Running Man’!
  • Kalau abang rindu Kwang-soo, boleh la tengok diri sendiri kat cermin.

Selain itu, videonya ketika melakukan tarian ikonik Lee Kwang-soo iaitu ‘mosquito dance’ juga telah mendapat perhatian, dengan meraih lebih 5 juta tontonan dan 400 ribu sukaan setakat ini.

Harap Haha share video ni kat Kwang-soo sekali!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...